Wednesday, December 19, 2012
bubur beras perang
Haha jemu la korang aku dh buat blog mcm blog resepi baby sudeeehhh.. sorry mommy mode skrg ni.. tgh eksited bagi anak makan.. gile la seronok!!
Ok semalam pay day kan.. mak aku antara penerima pencen awal buat plan.. tanak masak.. hahaha mcm aku suruh masak pun sgt.. dia yg rajin nk masak.. so kami keluar lunch nasi ayam kampung di puchong.. fev place kami utk makan masakan kampung.. lepas lunch kami ke ioi mall puchong shopping barang dapur... mak aku nk buat bubur asyura so dia sebok beli bahan2 dia while me as usual segala mak neka brg rumah la.. pastu benti dekat area beras2.. ermmm terbaca ajalala masak bubur nasi perang utk anak dia.. terus rasa eh nk cubalah.. so beli beras perang khas utk masak kt rania.. ni tgh reneh atas api sambil blog jap..
Menu harini simple aje.. beras perang rebus bersama kentang dan babi sawi sehelai hiris halus2 haha mcm main masak2 oih! aku stopkan kejap carrot sbb rasa rania lepas makan carrot naik merah2 sikit dekat badan.. so kene pantau jap... dh masak karang blend dulu baru kasi dia makan.. tgk dia suka ke tak hihihih.. eksperimen sakan aku part makan utk anak ni.. pengalaman berharga kan..
Ha ni me google kebaikan beras perang.. oiii baik utk mak2 gemuk mcm aku juga ni.. apa kata dia amalkan nak!!!
Kelebihan beras perang
1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?
Beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks
Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.
STF 85-89
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Weh, terkejut aku ko tulis babi sawi. Hehehe..
Wah, bagus mummy Rania. Sure makin gebu, montoks bagai. Hehe.
Apa rasa yr beras perang. Tak pernah try.
hahhaha aku pun tk perasan tertulis babi laksss.. gilosss...
rasanya tawar sikitla.. tp ok jela kot baby kan.. haha
Post a Comment