Saturday, February 4, 2012

Takziah buat sahabat saya Adrina

Bekas KP Jabatan Muzium, Adi Taha meninggal dunia


2012/02/04

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Dr Adi Taha meninggal dunia akibat kanser di kediamannya di sini awal pagi tadi.

Anaknya, Adzimah Adi, 30, berkata bapanya meninggal dunia kira-kira jam 2.40 pagi.
Jenazah kini berada di No 1, Lorong Ayer Leleh 2, Ayer Panas, Setapak.
Ketika dihubungi Bernama, Adzimah berkata, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa sebelum atau selepas waktu Zohor.

Allahyarham yang dilahirkan pada 3 Ogos 1951 di Kodiang, Kedah, meninggalkan balu Datin Wan Aminah Wan Yusof serta enam anak.

Arwah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Muzium dari 2002 hingga 2007. - BERNAMA

_______________________________________

Petang smlm tergerak hati nak lawat sahabat baik saya Adrina dan anak-anak di Shah Alam.. lepas aje kawan Mr. Big balik amik brg2 dia kt rumah kami.. terus gerak.. sampai rumah Ad lebih kurang jam 5pm... Pusing2 keliling rumah dia nk beli cok pisang ngan cok cempedak tapi hampeh tk jumpa.. hujan le plak masa tu.. so dgn tangan kosong sampai jugalah rumah dia..

Sampai je rumah Ad loooo mcm2 plak di hidangnya.. wpun kami dtg kejap je.. dgn cucoq2.. dgn kotiawnyee.. haihh murah plak rezeki kami ptg ni... lepak kejap borak2.. udah adik ipar aku plak nk jumpa sbb dia nk passkan brg utk aku.. so sejam gitu je dpt borak2 ngan ad... tp okla at least jumpa juga.. :) tk sempat gossip lama nnt kita sambung kt ym ye ad... hehe

Lebih kurang jam 3.30 am Ad sms... ayahandanya Allahyarham Adi Taha meninggal.. ringkas je sms dia.. tp cukup sedih bila baca.. aku faham perasaan dia waktu tu.. aku cuma mampu sedekahkan al fatihah dan doakan semoga ad dan keluarganya tabah dan redha dgn pemergian Allahyarham.. skrg adalah dugaan yg cukup kuat utk mereka sekeluarga hadapi... hanya masa yg dpt merawat.. InsyaAllah... aku sentiasa berdoa utk kalian sekeluarga.. semoga peroleh kesabaran yang tinggi...

No comments: