Tuesday, May 31, 2011

GILAA!!!

SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.

Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.

“Tersentak dengan kejadian itu, suami mangsa yang melihat isteri dan kenderaannya itu dilarikan cuba mengejar namun gagal. Lelaki terbabit segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan dan pihak berkuasa terus melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit.


source harian metro

Kesian betul dekat wanita ni... amik pengajaran lah kawan2 semua ya.. termasuk AKU yang selaluu merungutt bila tiap kali husband aku nk turun keter gi bank ke.. gi isi minyak ke.. p kedai ke.. dia mesti berdiri tepi pintu sampai aku lock.. selagi aku tk lock dia jegil jek mata dari luar... kadang2 aku hishh kedai depan tu je haaaa nk kunci2 bagai naper.. dia TATAPPPP suruh aku LOCK!! jgn amik mudah... huhuhuhu nah sekarangggg baca news ni... sendiri mau ingatlaa....

wahai kawan2.. hati2 di mana juga kita berada k... jgn amik mudah.. malang tk berbau..