Tuesday, May 31, 2011

GILAA!!!

SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia awal 20-an melalui detik hitam lebih lima jam selepas dilarikan bersama kereta milik suaminya oleh sekumpulan tiga lelaki di USJ, di sini, kelmarin.

Lebih malang, wanita terbabit bukan saja dipukul malah difahamkan dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di hadapan sebuah sekolah di Bukit Jalil, di sini.

Kejadian bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila suami mangsa berusia awal 30-an berhenti di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan untuk membeli barang sebelum meninggalkan isterinya dan kereta Mitsubishi Triton dalam keadaan enjin dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, seorang lelaki tiba-tiba meluru ke arah kenderaan itu sebelum masuk dan melarikan kereta berkenaan manakala dua lagi suspek mengekori menggunakan kenderaan lain.

“Tersentak dengan kejadian itu, suami mangsa yang melihat isteri dan kenderaannya itu dilarikan cuba mengejar namun gagal. Lelaki terbabit segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan dan pihak berkuasa terus melakukan operasi mengesan kumpulan terbabit.


source harian metro

Kesian betul dekat wanita ni... amik pengajaran lah kawan2 semua ya.. termasuk AKU yang selaluu merungutt bila tiap kali husband aku nk turun keter gi bank ke.. gi isi minyak ke.. p kedai ke.. dia mesti berdiri tepi pintu sampai aku lock.. selagi aku tk lock dia jegil jek mata dari luar... kadang2 aku hishh kedai depan tu je haaaa nk kunci2 bagai naper.. dia TATAPPPP suruh aku LOCK!! jgn amik mudah... huhuhuhu nah sekarangggg baca news ni... sendiri mau ingatlaa....

wahai kawan2.. hati2 di mana juga kita berada k... jgn amik mudah.. malang tk berbau..

Monday, May 30, 2011

kesian

Sblum apa2 aku pun bukanlah yg menutup aurat penuh lagi... tapi tidaklah sanggup nk bergambar terkangkang meniarap mcm haper depan kameraman.. perlu ke?? art?? jadah apa mcm tu.... pelik betul dgn org yg dok kata nampak pangkal peha tu art... bangga plak tu.. dunia dunia... banyak lagi benda lain boleh explore.. perempuan juga keutamaan.. rosak!

dah keje

Awal harini aku masuk keje.. cek emel dulu.. forward apa yg ptt dekat bos2 di sini.. pehtu sort out surat2 bos... phewww settle pun... jenguk bilik bos loo dia ngubah meja bagai.. rajin sungguhla hai .. tp okla.. nampak fresh... my new bos ni dia tk suka semak samun... clear aje mejanya.. bunga2 pun tanak.. selalu akula ngamik penuhkan bilik aku hahaha dia kata u ni mcm nk kawin bunga byk2 :p apoo daaa

Harini aku bawa bekal roti telur... pepagi buat 2 ketul utk me n hubby.. sedap sesekali makan... asyik baham nasi jee.. tp ya harini sarung baju keje idok lak rasa sendat2 ke apa.. bekat jugingkah? heheheh ni yg semangat nih!

Oklah harini lunch mau titon.. mau rest... letih lom habis..

Saturday, May 28, 2011

hujan di taipei

Semalam sampai Taipei dgn AirAsia.. 1st time gue naik AA International punya flight.. not bad... kapal nampak baru... makan pun sodap... i request western food tp tk makan... sbb sebok dok odar hot dog hihihihiihhi lamo tk rasa.. woh puas makan hot dog dlm kapai! benornya aku cukup tk suka makan hidangan nasi or ayam2 bila naik kapal.. dia nye bau mcm nk muntah... selalu tu if ada makanan.. aku cuma cuit2 je... makan roti.. puding.. minum kopi lelap... nasi2 dlm flight yekkk!!! so bila dpt hot dog tu pehhhh best gilek!!

Since ai ada mp3 baru :P sgt tk uptodate baru skrg nk ada ceh! .. layan lagu la sambil baca novel sampai ke tpe.. while hubby sebok dgn magazine photography dia... kejap2 tu lelap la juga.. 2 kali aku amuk kt budak belakang yg dok tendang2 seat aku.... aku gegorkan kusi aku cam kene gempa budak tu terus cuak senyap... nasib aku tk siren je suara aku kt budak tu... keje dok menyepak kusi apa hal.. hehehhehe tu antara pengalaman aku smlm... anyway AA ok la juga :)

Oh lupa lak nk citer... aku kene soal siasat masa nk naik kapal.. sbb tiket aku 1way.. udah di soal apa buat di tpe.. berapa lama dok sana.. keje apa... nk tgk kad kojer.. nk tgk visa... yorlaaaahhh pak pulisss muka aku ni penjahat nau ke??? udah laki ada kt sebelah ni haaa bukan aku terbang sensorang nk jual dadah... laki aku bengkek jee kt depan... dia kata kot nk ayat pun agak2 leee polis tu:P hehehe gitu plak pikiornyee :P tp cara dia soal tu baik la... siap ckp minta maaf ye ni 1st time sy tgk 1way tiket dan kad kojer cam gini.... (mcm dia paham sbb tulis chino.. ada muka aku jek kt kad tu yg dia paham pun) hahhhahha belasah la pulis weh.. nasib ko bebudi bahasa.. takpela aku redha... anggap je dia hanya menjlnkan tugas.. elok juga dia soal siasat kalau dia risaukan sesuatu.. byk sgt kes kaldai dadah yg lepas ... kesian org2 perempuan yg merengkok kt penjara luar negara... makan haper la korang yeee...

Sampai je Taiwan mak oi cuaca drop sket.. sejuk.. hujan lebat... sampai rumah cek forecast wohhh typhoon lalu.. ptt hujan lebat... typhoon kt laut je tk sampai taiwan.. so tempias saja... itupun masa kapal nk landing.. angin bapak kuat.. hoyong hayang gak le kapal masa tu..

TUrun je dari flight kami amik bus balik ke rumah.. sampai rumah dh petang... kelaparan amat kami berdua... sementara nk masak nasi aku buatkan milo.. aku masak nasi while hubby buat ikan terubuk goreng pedas... sementara nk tunggu dia masak aku kemas baju2 dlm bag... kemas rumah sket... bukak tingkap2... phuhhh lega... tidur mati kami 2 lepas dinner.... letih!

Thursday, May 26, 2011

esok balik post....

Kejap masa berlalu.. esok akan pulang ke mission semula.. bahasa wisma putra.. penempatan posting kami dipanggil post.. mission.. perwakilan... kedutaan... etc. mak pun dah semakin ok.. batuk dh kurang... cuma bernafas masih ada bunyi disebabkan kahak yg masih ada... sehari 2 lagi InsyaAllah baiklah dia...

Harini aku plan nk buat masak lemak udang... ayam berempah.. semangat gile rajin.. yg paling best p shopping brg kt market jusco boleh amik apa saja... halalllll haha gile rindu nk shopping camtu.. smlm mak cuma makan behun sup.. so harini nk kasi dia makan nasi sket... pepagi dia habiskan susu satu mug.. lega tgk..

Semalam gi lawat de nadzam di icu ampang putri.. bapa sedaranya rr.. sedih tgk dia terlantar camtu.. wpun dh setahun tk jumpa dia kenal je aku bila aku salam dan borak2 dekat terlinga dia... semoga de sembuh semula seperti sedia kala... amin..

Rasa mcm harini nk p cari stok buku... keter plak tade... haihhh sempat ke tak nk beli mlm ni tatau lah... anak sedara keje dh la plak.... hermmmmmm mikirrr

Wednesday, May 25, 2011

bihun sup bola2 apii

Pagini lepas buat breakfast utk hubby dan mak.. bg mak ubat.. siap dia tidur semula.. aku sorang2 layan diri kt dapur... harini aku buat beehun sup bola2 ikan utk mak.. since batuk dia masih tk elok.. kene pantang sikitla makan.. lgpun dia tk lalu sgt makan nasi.. aku sendiri laki bini dh membulat keje makannnn saja masa di perlis hehehee.. 2 hari berturut2 kami layan lauk kampung di restoren pokok sawa... mak pun suka mkan ikan bakar ngan asam pedas situ.. tp yg lebihnya kami 2 laaa makan tk ingat2!!

Petang smlm lepas bg mak minum ptg... dia rehat dekat balkoni.. me n RR turun joging satu kawasan rumah kami ni...pusing satu round dlm kawasan rumah ni sj dh lebih 1k rasanya.. so kami but 3 pusingan joging slow2.. ohhhh since RR dh hadiahkan mp3 sempena anniversary hehehehe menyokong kerajinan aku utk joging.. so aku sorang jog sambil layan mp3 while dia laju jek kt depan. ceh... bila pusing dekat2 ngan rumah kami lelambai tangan kt mak.. woh dia membalas haha ok lg penglihatan dia.. Alhamdulillah..

Lepas jog badan rasa segar je.. ptg ni nk continue lagi... tadela berdosa benor makan bebyk2 kt msi ni.. haihhhhh heaven!!

Tuesday, May 24, 2011

letih yg berbaloi

Sampai kl jumaat.. sabtu pagi terus gerak perlis. sampai je rumah mak... adoiii remuk hati tgk dia terlantar lemah atas sofa.. menangis mak aku bila nampak aku balik... terus dipeluknya aku dlm lemah2 tu.. tk tunggu lama time tu juga aku angkut bw gi spital.. terus masuk emergency.. dia nk bernafas pun susah masa tu... dr buat ecg... xtray.. then baru dpt tau jantung dia dh membengkak dan darah berkumpul dlm jntungnya.. yaaaaaa dr buatlah apapun asal mak saya pulih!!

tk larat nk citer.. after selesai dr bg ubat.. n refer to mopd.. pakar bahagian jantung.. so monday haritu buat follow up.. since sabtu.. ahad.. aku betul2 jaga ubat dan makan minum dia... so result on monday agak membanggakan.. darah dia stabil semula.. kaki dh tk bengkak.. cuma masih lemah saja.. dr kata InsyaAllh much better .. so follow up semula nanti...

harni selasa kami gerak balik kl... mlm ni my sis anak beranak semua dtg.. my mum look so happy.. abg aku pun 2 3 kali call tanya result... okla at least.. aku bole balik ke taiwan dgn hati yg tenang semula..

Thursday, May 19, 2011

done packing!

am coming home.. for my mom.. i cannot stand anymore..
dlm masa beberapa jam berfikir harini.. aku terus nekad bgtau bos.. aku kene balik..
settle tiket sejam sblum mas tutup.. call semua org yg aku kene handle keje this week and next week.. balik rumah n now.. yess finish packing.. just satu bag..

esok flight pagi .. insyaAllah thari sampai kl.. ptg esok or sabtu pagi tgk pada keadaan aku larat ke tak.. aku gerak balik perlis ... aku mohon doa kawan2 semua semoga perjalanan aku dan suami dilindunginya pergi dan balik.. semoga mak aku diberi kesihatan yang baik sepenuhnya...

aku mohon perlindunganmu Ya Allah...

*kata datuk yong pd aku tadi... jgn perlu memilih antara mak dgn kerja kerana kerja kita tk akan pernah habis while ur mom... adalah segalanya... go home ayu* aku sungguh bersyukur mempunyai ketua yg sangat bertimbang rasa seperti beliau...

Wednesday, May 18, 2011

berbaloi utk direnung

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,


“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

terkilan

itu adalah satu perasaan yang hanya org yang mengalaminya faham erti yang tk boleh aku nk describe mcmmana... dan perasaan itu diam di dlm diri dan tidak akan hilang begitu saja... perasaan itu sebenarnya aku terpaksa bawa hingga hujung hayat... apa yg aku doakan.. semoga aku sempat membahagiakan mak yg berjauhan terlalu lama dgn aku.. :(

Tuesday, May 17, 2011

renyuknya hati..

Petang tadi i got news.. my mum sakit... dlm minggu ni dia sgt kerap sakit... aku tanak citer detail... tp pesanan akhir dia sblum hampir pengsan dekat kawan aku on the way ke spital, betul2 buat jantung aku sentap... "bgtau anak2 cik ma... cik ma nk kebumi sebelah allahyarham shahrul kalau cik ma tk ada na"....

Ya Allah.. sebegitu sekali sayangnya mak aku pada Allahyarham :( dan sekarang.. dia sangat rapat dengan RR... kata dia.. RR sangat baik dan layan dia mcm Allahyarham dulu..

Kenapalah bulan May selalu merenyukkan hati aku...

Siput merayap


Aha ni sajalah nk citer sket dgn menu baru yg menambat hati di Taiwan nih... haritukan me ke Grand Patio dinner with RR.. xtually dlm kepala dok mikir siput nilah.. 1st time try tahun lepas sedappp wooo siput masak ni.. tk tahu la plak nk ckp masak apa.. rasa dia pedas2 berempah gitu... masa nk order RR kata ai kureng sket siput.. tp me odar juga.. kasi try.. lepas dia cuit satu.. wahhhh half2 jadinya meratah siput ni hehehehehehe terbaik!

Selain dari siput merayap ni antara menu yg terbaik di restoren ni adalah tomyam nya.. sekali hirup huhuhuhu segar sampai tebukak mata... me sukala rasa tomyam dia dan antara yg terbaik pernah me rasa selain yg di Thailand nun.

Lapar leeee!!

wesak day

Selamat hari wesak dan selamat bercuti rehat buat semua kawan2 di mana jua kalian berada... :)

Menu cik kate harini.. wahhh menu segala!!

Nak buat beehun sup kot mlm ni huhuhuhu tambah ngan cili kicap.. kasi pedas kaw2 kan.. nak pula skrg musim hujan yg tk benti2 nih.. baru best..

Monday, May 16, 2011

Besday lunch+gift lagik

Tharini kawan lama di taiwan wah mcm ramai.. Aisyah... Msian la juga.. tp dh duduk sini almost 6 years...dia murah hati harini nk belanja besday gurl n farewell ke faten sama... so dia belanja me.. faten.. kak liza.. makan pizza.. best plak sesekali makan pizza seafood.. margarita apa tah woo halal ok.. then i sumbat spageti seafood sama... ada salad.. kopicino.. dll yg aku tk tau nama.. layan sampai gemok perut.. best!

Sambil makan kami snap2 gambo.. gambo kene tunggu tuan tanah cik aisyah load dulula.. harini kami semua tk bawa kamera memasing.. hujan lebat u.. basah suar bila balik ke opes.. sejuk plak cuaca harini.. alhamdulillah.. 3 hari dh hujan non stop! semoga tadahan air di taiwan segera penuh hehehehehe

Cah juga bagi gift kt saya.. cawan utk menum chinese tea kaler hijau yg sgt comei.. kebetulan bos pun bg chinese tea yg hotel bg kt dia.. byk sgt dia soh me simpan sebotol.. kalau suka minum.. tk suka sok jamu org kata dia hehehehe Thanks Cah.. sweet sgt gift mung itu.. besday mung nnt kami beli bonga ya!

Sunday, May 15, 2011

menu cik kate


Dah lama juga benarnya me mengidam nk makan cara berlauk.. me pernah rasa sekali masa ada majlis makan2.. sorang member ni bawa...sedap jugalah.. haritu rajin mengemas bilik stor terjumpa buku2 resepi dari magazine wanita... ermmmm ada punnn resepi cara berlauk.. haha pe lagi mari mencubalah!

Since rajin nk buat kuih.. me ngajak le ence husband join sekali.. dia pun gemo belajar buat kuih ni.. so kami sesama membaca resepi.. kuarkan bahan.. pastu try.. for inti dia buat n for doh i buat ... modah saja rupenyaaa...

Bahan-bahan for doh:

Tepung gandum
Telur
Planta secamca
Garam
Air
Gaul sebati semuanyaaaa

Inti:
Ayam or daging cincang
serbuk kari
cili padi or beso
daun sup/bawang
garam gula
bawang dipotong dadu
Masak je le semua tu hahhaha sampai boleh dimakan :P

Ok lepas dh siap bahan2.. panaskan acuan kuih cara tu... letak le planta2 sket tk kasi melekat... astu tuang satu persatu.. then masukkan inti... kasi comei2 jgn sepah2.. ya kuih cara saya sgt cantik sbb suami sy sangat rajin buat bulat2 kasi cermat2 gituh.. haihhh memacam!

Ada kot dlm sejam kami mengadap api.. bila dh siap punyala byk kami buat hahahahahha so kami minum ptg bersama kopi itam pekat... best gilo! rasanya mak oiiiiiii cik abgggg kuar asap kt telinga hahahha pedas gilee... next time kene reduce okkkk.. berapi lidah ni dok makan.. tp lagi podeh lagi sedapkan... cuma nk kasi org.. karang ada yg kuar airmata hhehehhee anyway 1st try kami sgt menjadikla... lepas ni boleh buat lagi.. :)

Selamat mencuba :)

Saturday, May 14, 2011

hujung minggu

Akhirnya boleh pun masuk belog harini hehehehe.. smlm dh ok kot me je tk try... cam tk kisah la rest kejapkan hahahhaha ok ok harini me bangun awal gak le.. cuaca harini sejukk sbb hujan dari smlm.. alhamdulillah turun la lebat2 wahai hujan.. taiwan ni kalau tk hujan nnt tadak air naya.. tadak air tau leee huru hara nntkan..

Smlm me dinner again dgn brokoli bedaging.. tharini cam ermmm nk masak pe ek?? dh kuor ayam.. ingat nk buat ayam pedas.. tapi asyik goreng2 je.. so nk rebus? haihhhhh tatauuu dah feninggg ni hhehehehe mari mencari idea kejap...

Oklah sementara tu... nk baca news2 kejap... meh freshkan diri pepagi dgn breakfast apple beso :P mcm le aku makan sgt hihihihiihhi



mau apple? meh ke taiwan la.. skrg tgh musim ;) tp hot laaaa



skrg tgh musim apple beso2 petik daun dok ijau lagi.... tapi me nk makan apple?? erkkkk tk termampuuuu lagi.. ni ada pun sbb cik abg dondang suka makan buah... me pisang je lalu :P

Wednesday, May 11, 2011

The Grand Patio






When I'm with you the stars align..
The day shines so bright, it blinds..
We have young minds, but old hearts..
No matter the distance, we aren't apart..
Because you complete me..
Make me who I am..
That's why I call you,
My other half..


From my Other Half Mr. RR to me..

Happy Belated Besday haha

Tengah hari tadi faten ngajak ke opes kak liza.. teman nganto document pehtu gi makan terus.. so me ok jekla.. stujukkk... lgpun nk p bank jap amik duit.. nk amik baju lg.. haihhh terlupa aje..

12.30noon hangat2 tu kuar le ngan faten.. siap berpayung bagai dh ala2 alice haha.. sampai je opes kak liza dgr sore ramai2.. aikkk ada pe kah mereka.. so ai jenguk.. tetiba ALLAH SELAMATKAN KAMUUUUUUUUU... ALLAH SELAMATKAN KAMUUUUUUU.... uwaaaaa besday seprise lagii!!!???? kak lizaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! aaa kembang2 dh muka aku tauuuuuu gilaa terkejut!




Masuk bilik meeting tetiba faten bawa kek ada lilin satu hhahahhaa so depe nyanyi lagi sekali.. tiup lilin.. makanan kak liza masak all!! mee goreng.. pulut kuning.. rendang ayam.. nasi goreng... ayam rempah.. agar2 by faten.. titbitss mak oiiii makan sungguH!! director2 lain yg dijemput pun semua sporting habis.. 2 hari berturut2 jadi tukang nyanyi hahahahhahahaha nk nangis tau!!




Then sambil makan borak2.. ketawa2... snap2 gambo.. fun la.. dpt hadiah dari local staff mida... body shop ngan victoria secret lagi hehehe.. best.. time panas kering2 badan ni.. ada losyen tambahan di opes.. :)




Well well well.. am happy.. thanks kak liza.. besday gift tahun ni mmg best! dpt makan2 camni mmg terharulah.. tak pernah 3 tahun di taipei ada kejutan hebat mcm ni.. thanks juga kt faten sbb selalu jadi mastermind event2 utk i ni..


im so touch!

In this world, where everything seems uncertain, only one thing is definite. You'll always be my friend, beyond words, beyond time and beyond distance...

happy birthday me love...... *from sella*


Terima kasih sella... am so happy to have u.. waktu sedih.. waktu gembira.. i have u.. alll the time...

Tuesday, May 10, 2011

Happy birthday to Me

Today.. 10 May 2011.. saya berusia 32 tahun.. alhamdulillah sihat sejahtera di bawah lindungan yang maha esa... juga di bawah penjagaan yang sgt baik oleh suami saya.. yang saya sangat cintai sepenuh jiwa...

Ok sikit2 angau jadilah... harini pepagi masuk opes bos dh wish.. siap bg angpow huhuhu am terharu... then ada hadiah atas kusi lagi.. faten bagi... cam teruja ok dpt hadiah! haha pastu thari bos belanja dinner for me with my husband and dgn semua director yg ada... so makan besar di kedai thai.. lepas makan balik opes.. kejutan lagi.. yawwwwwwww ada acara potong kek dan tiup lilin.. aiyakk me terharu muka dh kembang2 ok... pastu tetiba my husband masuk bilik meeting dgn sejambak roses sebesar pemelok.. makkkk!!!! u make me cry la honey!!! uwaaaaa touching segala!! sempat yuski snap2 gambo kami berdua kiss depan org ramai.. gila western.. :P lupa diri.. ok ok pastu sessi potong kek.. gambo2.. sempat la faten jadi photographer jap.. hihihihhhi





Lepas makan kek masing2 dh jadi ular sawa.. sangat kenyang tk ingat! pastu me sambung photoshoot ngan adiah faten dan tuan punya yg bagi hahahaa harus nk enterprem.. nntla saya upload gambo.. album khas kt fb nntla.. lom bekesempatan nk tgk satu persatu.. Dan lagi best lepas lunch bos ada keje kt luar.. hahahhah:P perangaiii..



Alhamdulillah.. hari yg gembira dan tentunya istimewa sgt bagi saya.. terharu dgn suami saya.. kawan2 saya.. bos saya... semuanya sporting dan sgt membahagiakan saya.. semoga dilimpahi rahmat dan kebahagiaan juga buat kalian semua..







My dear RR.. terima kasih kerana buatkan saya tersenyum sentiasa.. i miss ur kiss every night... and forever... I love u.. ya ckp banyak2 kali pun.. i know u know everything inside me... ;)

Hari Lahir Saya

Alhamdulillah uiii lagi sekali saya dpt menyambut hari lahir saya.. yg heheheh ke 32 :p tua bonarrr aku.. ok ok semalam satu hari di rumah bersama ence suami.. dari pagi sampai ke mlm.. mcm belangkas.. ngeh:P toksah detail2.. karang jadi bahan..

Ok malamnya moi hubby bawa me gi dinner dekat Grand Patio.. grand la jugekk restorennya.. eksklusif utk bergambar haha point utama hubby saya la tu.. so ptg tu ai bermekap la kasi comei2 sket.. maklumlah dh tua.. byk kedut kene coverkan haha so me melukis la sket kasi berseri... kami naik teksi sampai ke restaurant.. masuk je wowwwi laaa harummm bau serai... lepas order snap snap.. tk sabar nk tgk gambarnye!

Lepas makan kami jln2 amik angin... kenyang mcm ulo sawa jadinya.. balik rumah rest..Hampir jam 12mlm.. romantik la plak ence suami ni... yawww dpt card bonga-bonga laf2 uu.. merohhhhh!! cam kad raya cina pun yer.. lawaaaa.. mustilaaa.. beso lagi ha hahahaha lama gile rasa tk dpt card.. sejak2 zaman fb internet bagai ni.. jrg lee org nk kasi aku card... so inilah card pertama setelah berapa tahun aku tk dpt card besday.. hihihhi love it sayang.. terharu pun yer... :) buat saya tak boleh pisah sampai bila2 tau...

Monday, May 9, 2011

senyum seindah suriaaaa

Hari2 dengan senyuman hehehee... tk cukup dgn itu.. asyik makan makan makannn tadaaaaa habis program diet cik kak tauuu... cuma kalini saya bangga sbb saya dh byk makan buah.. wooooo sila tepok tangan....

Thanks hubby.. leviu 10x putar bumi ya!!

Will update my latest kisah bersama gambar2 terkini soon!

:>

Friday, May 6, 2011

bos saya dh gemok!

Ai buka tv1 harini saja nk tgk news.. tetiba nampak muka x bos saya dlm tibi dok buat courtesy call to tpm.. uikkkk lama seh tk tgk dia... terus call him... ayat pertama bila dia say hello... bos!! apsal gemok sgt whahahhahaha!! dia kata.. ni sapah niii.. ngeh la sgt... ai leeee taiwanese gfren!.. haha dia kata cehhh ngata org mcm dia tu (gue la) kuwus nau.. hehehhee ngata dia harus depan2 baru best.. borak2 jap since lama tk tanya khabar... pastu wish dia good luck to the new place.. semoga sihat selalu... and tahniah di atas perlantikan tersebut... salam pada wifeynyaa iaitu kakak angkat saya.... :)

Ayat tk menahan dia.. ai dh 3 bulan kt malaysia.. ur country very hotlah!! yaa pastu gue kutuk kaw2 balik... :P aaa untungleee mission sana dpt bos best!!

cuti yeay!

Saya mohon cuti dari bos senin depan.. saje nk merehatkan minda dan fizikal bersama suami saya... kebetulan minggu depan besday saya.. saya nk bercinta la dgn suami saya ni.. tahun lepas saya belum bersuami so tahun ni saya nk manje lelebih sket :p yaikssss ok ok muntahla korang :P

Bos ok jek.. dia outstation pun minggu depan.. tp sempat gak dia ngusik.. u mau romantik mana sama u punya bofren?? haha gelak besau aku.. sebok ek bos! mana leh ckp hehehehe... pehtu dia kata ok nnt minggu depan kita lunch sama sempena besday u dgn org lain.. kasi pilih satu tempat aaa.. haha ai yg menurut perintah la bos!

Ermm benarnya aku tade pun plan nk bercuti2 ke apa.. nk rest kt rumah or maybe jln2 sekitar taipei aje kot.. dinner maybe.. ermmm what else.. let him decidelah.. thats my day.. i just follow .. :)

lebiu mr. RR!

Thursday, May 5, 2011

hari mak..

Saya telah menghadiahkan beliau percutian suka hati dialah nk baper mlm.. ke pulau lagenda langkawi.. not her only.. with frenss gitu... i sponsor ticket feri depe gi balik.. lelain tu sendirilah.. i cover tiket depe n perbelanjaan my mum saja.. taraaa semoga mak saya gembiraaa :)

Harini tepon ke Perlis tadak org jawab.. kuar ke padang beso lagik la tu gamaknye.. suka nau skrg ada geng berjln2 hehehee.. yg aku tau dia nk pegi sabtu nih.. offer smlm terus buat plan hahahha mak saya mmg cekap!

Uolss bg adiah pe kt mak2 uolss? sharing is caringla...

*emo tgk kisah tragedi ulu bendul tuh... semoga tabahlah hendaknya si ibu.. Al fatihah buat mangsa yg terkorban... dah jadi bidadari syurga..

Wednesday, May 4, 2011

reward

Dah kata bulan istimewa.. biasanya mmg ai rasa istimewa la sket.. syok sendiri hehe.. tadi thari me jenjln ke asiaworld.. cuci mata.. since ada few butik yg kalau bulan itu adalah besday anda.. maka saya akan dpt sebulan punya discount.. so td ai dh bekenan dekat satu cardigan ni.. dah lamaaa dok usha.. tp mahal amat.. almost rm300! so me tanak la buang duit... tdi jenjln.. tgk2 erkk ada sale la.. half price.. dpt rm150... then tolak lagi discount sempena besday i.. i dpt harga rm120.. yay!! harus la saya beli.. tp size yg saya nak tade kt situ.. dia kata lagi 3 hari sampai.. takpelaaa bukan nk pakai skrg pun.. me bayar then terus odar ... bestnya dpt cardigan idaman hati..

Lepas habis urusan kt situ ronda lagi cuci mata.. jumpa plak wacoal buat sale.. ermm menarik gak.. lama tk shopping brg2 baru hihihhi so rembat 7 helai comei2.. sangat sukak!! Oh lunch tadi dgn datin dona.. dia belanja makan salmon.. sedap kata dia.. best! ronda ikea dgn datin jap... lepas datin baliklah baru i shopping sensorg... lgpun lunch hour masih panjang hehe...

Ok tu saja citer thari ni.. wuii smlm earthquake masa tgh tido.. cuak! nk kata kuat tu tadela sgt.. tp mengucap jugalah... hishhh bila summer mula laa goyang sana sini.. bikin kecut perut saja!

Tuesday, May 3, 2011

hari merambu di salon



Semalam ptg aku ke salon lepas letih layan moi hubby haha.. masa utk diri sendiri la plak kan... me ke salon trim rambut sket.. pehtu gunting kt belakang kasi dia bonjol sket rambut ke atas whahhah tah apa pesen.. tgk kt buku tunjuk kata nk gini.. ha jadila gini... tp tk nampak ketara sbb rambutku hitam berkilat.. kalau rambut ala2 blonde ke.. perang ke.. biru ke nampak juga bezanya... takpehh yg penting hubby saya kata comei dan kemas... selama ni cam antu ke??

Alang2 pegi salon melayan urutla.. spa la... urut2 belakang gituh... ok aaa relaks je rasa.. harusla tenang2 aje...

phewwwwww

Adoi nk muntah buat kerja!! dari pagi done!! lega alhamdulillah.. at least yg mana urgent penting wajib dh di hantar.. satu kelegaan..apapun pasrah je le.. yg penting wishlist kene cpt siap.. target mesti dpt.. :)

Harini dlm sejarah aku tk rasa lapar hahaha penangan kerisauan dan kebizian.. balik nntlah fikir nk makan apa.. ayam rempah yg diperap ada je lagi.. maybe masak itu jekla kot... what else... erkkkk ya i need rest...

Monday, May 2, 2011

b.o.s.a.n.

kenapa tah aku masih mempunyai kawan2 yang pentingkan diri sendiri dan hanya tahu berjanji.. dah tolong tu pls la berterima kasih!!!!

ni yg aku malassssssssssssssssssssssssssssssssssssss nak berdunia lagi nih!!

aku tak suka org yg banyak alasan kerana aku tk pernah beralasan bila membantu... frust dpt kawan2 yg aku anggap baik tp masihhhhh tak reti kenang budi!!

makan makan

Harini saya buat sambal tumis telur... sayur goweng dan ahyam goreng rempah.. gigih la sgtkan berselera gajah hehe.. nunggu cik abg dondang buat nasi goreng kg bilanyaaa ni?? ketagihan dah haaaa :P

Cuaca harini mandom je... hujan renyai2 kt luar... nk kuar pun jadi malas.. lepak rumah saja loo.. namapun berehat di hari pekerja kan heheh harus dimanfaatkan. adoiiih kerja byk esok ni.. harus tk boleh surfing langsung.. plan nk gi awal settle dulu apa yg ptt sblum betul2 on kerja dgn bos.. phewww minggu yg akan sgt busy!

Bila aku nk p alter rambot ni?? haiyakkkkkkkk malasnyeeee nk berpakaian!!!

Sunday, May 1, 2011

1 May 2011

Cuti panjang minggu ni.. duduk rumah.. makan tidur makan tidur hehehehe tu je agenda bila cuti2 ni.. betul2 rehatkan diri...

Harini juga birthday abah seremban.. call kejap sembang dgn mak n abah... tersasul abah2 nyebut.. akak la.. aunty la.. hehehhe yelah aku pun jrg call depe... tadela nk kecik hati pun.. kelakar pun ye... tp terasa juga.. betapa jauhnya aku dgn diaorg skrg... ermmm mak abah baru balik umrah... mak belikan aku jubah.. mekasih mak :)

Pejam celik dh May... bulan yg sgt mencabar bagi aku... tak apalah... aku ada jiwa yang sentiasa menemani hidup aku skrg... semoga mak abah juga tabah...

May tahun ini juga bakalan menjadi ulangtahun perkahwinan pertama aku dgn my dear RR.. taraaa dh setahun dahh.. ishh cptnye masa berlalu... ermmmm planninggg planninggg... am going to surprise u honeyyy hehehehhee

Tetiba dpt plan!