sejak dari kecil aku tidak berapa gemar dgn suasana hujan.. hujan akan membuatkan cuaca jadi mandom atau dlm erti kata lain.. kelam... hati jadi sayu.. suasana jd suram.. semua org jadi tidak aktif.. dan ya acara bestnya sudah pastila tidurkan...
harini hujan.. se awal pagi sangat lebat.. hati jadi cair lihat hujan. rindu sana rindu sini.. bullshit la if kata aku ni keras mcm batu tidak terfikirkan langsung sesuatu.. apa aku fikir skrg? ermm latelyni aku lebih byk fikirkan seseorg ... seseorg yg terlalu lama aku simpan kejap sebagai seorg yg unik..dia sentiasa di 'sisi' tidak kira apa juga keadaan... pendengar yg cukup setia sejak bertahun lamanya..
harini juga aku terfikirkan tentang Allahyarham suamiku yang sudah hampir setahun lebih kembali ke alam barzah.. hati aku tercuit smlm semasa berbicara dgn abah.. mertua aku.. dia di rawat di hospital kerana demam kuat.. kasihan abah.. aku dpt rasakan abah kerap sakit sejak arwah tinggalkan kami.. ayat abah sewaktu kami duduk berdua selepas arwah dikebumikan.. 'aboy is a good son' 'he is very good son'... tk siapa tahu itulah kali pertama dia titiskan airmata setelah berhempas pulas menahan rasa pilu dgn kembalinya anak sulung beliau ke sana... pandangan abah waktu tu sgt memilukan dan aku terus diam tidak mahu berbicara... smlm abah agak sedih bila aku call.. mungkin rindukan aku.. menantu sulungnya yg sudah sekian lama tidak pulang.
28 october.. urusan terakhir berkenaan harta2 Allahyarham suamiku akan berakhir.. mahkamah sudah putuskan semua dan aku telah wakilkan adik ipar aku utk uruskan.. alhamdulillah semuanya selesai... syukur tuhan sentiasa kuatkan semangat dan hati aku utk meneruskan hidup... syukur aku tidak pernah terfikir utk berdendam dgn hakikat hidup.. setiap kejatuhan aku bangkit dengan semangat.. aku harap semangatku tidak akan padam walau sesaat .. insyaAllah...
7 comments:
hujan.. otomatik jiwa jadi tenang, sayu, pilu ect.
oh yes, i still remember ur father's in law face masa arwah takde. sangat tenang & boleh lagi layan rakan2 arwah yg datang. tp ye lar, dalam hati sapa yang tahu.
anyway, al fatihah utk arwah.
terima kasih.. abah tu kan soldier.. cekal hatinya.. cuma dgn aku dia betul2 nangis.. i miss them today..
babe,
Dulu waktu ko tulis diary tentang abah ko yang takde kat bincang, cite2 terakhir ko dengan arwah ayah ko, aku cume bley rasa perasaan sedih itu ajer.
Bila ko kehilangan boyot, perasaan itu masih sama. Sedih saja..!! Menumpang rasa sedih kehilangan orang2 yang ko sayang
Tapi, bila aku melalui nya, sumpah aku rasa ujian ko maha hebat. Hati kau lagik kuat..., barulah aku dapat rasakan nanar nyerr perasaan kehilangan itu.
Seolah2 nafas ini terhenti seketika....seolah2 ini semua hanya mimpi semata2...., x ingin bangun dari menghadapi semua ini...
Aku cukup bangga menjadi sahabat kau. Kau cukup tabah...
Tapi kate, aku percaya, akan ade sesuatu yang baik akan berlaku dalam hidup ko suatu hari nanti atas kecekalan dan kesabaran ko menghadapi ujian dari Allah S.w.t.
waktu jatuh mmg kita akan rasa kenapa tuhan tak duga aje org lain.. kenapa pilih aku.. skrg aku positif dan kembali tersenyum kerana sentiasa menjadi yg terpilih..:)
bukan mudah menjadi aku.. aku sendiri tk tahu bagaimana aku berjaya hidup.. boleh dikatakan masa merubah dan merawat segalanya..
anyway... hidup perlu diteruskan rite.. kadang2 mmg aku berkata pada diri sendiri, utk apa lagi sebuah ikatan jika hanya utk satu perpisahan... tapi itu lumrah kehidupan...
diakui juga.. saudara mara dan kawan2 mcm korang semua juga pencetus semangat hidup aku.. korang selalu ckp aku tabah... mmg aku tabah.. tapi aku terpaksa.. kadang2 aku menangis kerana terpaksa hidup... tapi doa korang semua beri aku nafas semula...
terima kasih tuhan.. kerana utuskan sahabat2 yg sgt mengerti perubahan baik buruk aku selama ini..
betul tu eucy.
tak pernah jumpa orang sekuat kate.
i always look at her whenever i am down. how strong she is, how calm she is.
Tuhan duga sbb Tuhan sayang. Kita kena sentiasa bersangka baik pada Tuhan. Wpun mungkin kita bosan bila orang selalu cakap, ada hikmahnya yada yada. but that's the truth, like it or not.
aku ingat lagi ada suatu ketika dahulu ko macam dah takde semangat untuk hidup lepas dia pergi
alhamdullilah sekarang ko dah ok dan semakin kuat untuk meneruskan hidup :-)
setiap manusia itu ada bahagian ujian masing-masing kan and so do i, kehilangan anakanda tercinta disaat aku ternanti-nanti dia lahir kedunia
erkk cerita pasal hujan, aku kurang suka cuaca lembab..macam geli nak pijak tanah yang lecak heheh dan jugak lantai lepas terkena air hujan..ngada-ngada laki aku kata :D
kan... kita tgk org.. kadang2 kita cemburu.. kita rasa dia perfect. tade masalah... tp kita tk tahu hidup dia pun... its good to have frens like korang semua.. sentiasa saban waktu bg aku semangat.. bila korang jatuh juga aku terasa... mcm dhira.. aku sedih bila dia bgtau anak tk ada.. aku boleh rasakan... tapi utk comfort mcm korang buat pada aku.. mungkin aku tk pandai.. sbb sifat aku yg sebenarnya keras... aku tau korang faham siapa aku kan..
aku ingat masa di kubur adrina peluk aku.. aku cuma ckp.. aku nk mati .. she cry like hell while me cuma pandang jauh ke dlm mata dia sbb aku nk semangat.. aku tk suka org dtg menangis pada aku.. aku cuma menangis teruk utk 3 hari depan org.. the rest hanya depan tuhan...
anyway.. semoga kita semua tabah dgn cabaran hidup masing2.. insyaAllah ini cuma cabaran kecil for us untuk menghargai kehidupan yg tuhan bagi...
:)
Post a Comment