Sunday, June 14, 2009

Di mana Ayu Katerina bermula...

Budak Setan ke panggung

AHADIAT AKASHAH teruja menanti karya novelnya difilemkan.

--------------------------------------------------------------------------------

Filem Jogho arahan Uwei Saari yang dihasilkan pada tahun 1997 adalah filem terakhir yang diangkat daripada naskhah sebuah novel. Jogho merupakan adaptasi daripada novel Juara, karya S. Othman Kelantan.

Selepas filem ini, 11 tahun industri seni tempatan ketandusan karya yang diadaptasi daripada sebuah novel. Malah, dalam tempoh lebih 70 tahun dunia perfileman Malaysia wujud, hanya terdapat sembilan buah karya yang diadaptasi daripada bahan bacaan itu.

Berbeza dengan Barat, mereka telah mula mengadaptasi novel ke filem sejak tahun 1924 dengan ratusan filem yang bersifat pop, komik atau fantasi dilahirkan daripada misi adaptasi.

Statistik industri filem dan TV Amerika menunjukkan 85 peratus filem yang menang anugerah Oscar berdasarkan cerita yang diadaptasi daripada novel.

Selepas 11 tahun, Malaysia bakal dihidangkan dengan karya yang diangkat daripada sebuah novel pop paling laris pada tahun 1980-an. Dihasilkan oleh Ahadiat Akasyah, novel Lagenda Budak Setan (LBS) kini bakal divisualkan di layar lebar oleh pengarah dari India, Sharat Sharan.
NOVEL Lagenda Budak Setan laris dijual pada 1990-an.

--------------------------------------------------------------------------------

LBS yang novel perdananya menggunakan judul Budak Setan mendapat sambutan luar biasa di kalangan pengikut novel.

Ia berkisar tentang kenakalan seorang pelajar sekolah bernama Kasyah hinggakan dia digelar ‘Budak Setan’.

Novel ini berkembang dengan pelbagai plot - lucu, nakal, sedih dan cinta yang membawa tumbuhnya karakter Ayu dan lain-lain. Novel itu itu kemudian disambung kepada Budak Setan II, Budak Setan III dan dikompilasikan dalam karya Lagenda Budak Setan.

Namun, satu fenomena yang bakal dilalui produksi adalah adakah filem ini akan laris sama seperti novelnya?

Ini kerana di sebalik lambakan adaptasi novel ke filem yang sukses seperti adaptasi komik Superman dan fiksyen Narnia atau Harry Potter, terdapat segelintir filem yang hasilnya mengecewakan seperti Da Vinci Code.

Sedar akan fenomena tersebut, Sharat memberitahu dia begitu teliti dan teruja memproses LBS dalam bentuk visual.

Duduk berbincang dengan Ahadiat yang menjadi penulis skrip filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. hasil kerjasama Nusantara Films dan Tarantella Pictures ini, janji Sharat, imaginasi khalayak tidak akan lari daripada fokus novel.

Apa yang difilemkan hampir sama dengan apa yang pernah dibaca.

“Saya sedar bahawa penonton akan mencari persamaan antara jalan cerita novel dan filem.

“Namun, realiti yang harus diterima mereka adalah kami menghimpunkan semua jalan cerita itu menjadi satu tanpa menghilangkan nilai atau karakter yang hidup dalam novel ini,” katanya.

Sharat menyifatkan LBS sebagai hasil kerja paling mencabar buatnya kerana tidak dihasilkan dalam kepakarannya sebagai pengarah filem semi Bollywood.

FARID KAMIL sebagai Kasyah dan Lisa Surihani sebagai Ayu akan mengemudi LBS di layar perak.

--------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan itu disokong oleh pelakon utama LBS yang memegang watak Kasyah, Farid Kamil.

Menurut pelakon kelahiran Perlis ini, sebuah novel tidak boleh difilemkan sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dengan pemahaman untuk menerbitkan sebuah filem, novel yang ditulis dengan ratusan muka surat akhirnya diterjemahkan dalam durasi kurang tiga jam.

Jelas Farid yang tidak terbeban membawa karakter Kasyah: “Benar karakteristik dari segi imaginasi seseorang terhadap sesebuah novel yang diadaptasi ke dalam sebuah filem akan berkurangan. Namun, itu tidak bermakna sesebuah filem yang diadaptasi tidak boleh sukses.

“Saya percaya dengan memahami plot juga karakternya, dan disokong oleh lakon layar yang baik, sebuah filem adaptasi akan berjaya.

“Lagipun, pengikut novel ini pasti ingin melihat bagaimana bentuk imaginasi yang mereka fahami sewaktu membaca novel ini divisualkan ke dalam sebuah filem.”

Lisa Surihani yang membawa karakter Ayu dan Que Haidar sebagai Azmi turut berpendapat LBS pasti akan mencapai kejayaan kerana label yang sudah dicipta sejak novel ini diterbitkan pada tahun 1984.

“Inilah cabaran yang harus kami semua pikul iaitu memberi persembahan terbaik dan membawa imaginasi pembaca selari dengan apa yang bakal mereka tonton di layar lebar.

“Namun dengan label LBS sendiri yang sudah kukuh dan mempunyai pengikut, kami yakin bahawa LBS akan menarik minat orang ke panggung,” ujar Lisa yang tidak pernah membaca novel LBS, berbeza dengan Que yang merupakan penggemar novel Ahadiat.

Biar apapun persepsi dan sambutan yang bakal diterima kelak, mereka sepakat menyatakan bahawa imaginasi setiap individu berbeza sewaktu membaca novel.

Bagaimanapun, satu yang pasti, semua titik fokus akan bersatu apabila menyaksikan sebuah naskhah diadaptasi dalam sebuah filem.

******************************************

Di sinilah wujudnya nama Katerina.... yang aku gabungkan dengan nama sebenar aku... Rasanya sudah hampir 8 tahun aku dikenali dengan Kate.. juga Ayu... :)

6 comments:

cikwan said...

ulalaa...x sabor nk tgk...farid kamil jd kasyah..? cam x best je..sepettt..hahahhah..

kita tggu sape jadi katerina ek..teka dulu teka dulu..

Ayu Katerina said...

ermmm nk balik oper diri cam tk lawa la plak kan hahaha so aku harap ermmmmm EJA ke.. ?? huhu

cikwan said...

gila rr..penat aku taip x kuar...aku test dulu td..hhaha..

masih mau serbu itu sales kah temah?? mlm td aku g org2 masih semut..papap lak lari sane sini cam funfair,,penat aku..jom aku belanja 4 cups frapucino kt bawah tu..sales!!hahahhaah

Anonymous said...

hahhahaa bila ko nk p lagi?? thari ni ke??

~kate

Adrina Adi said...

kalau ditakdirkan ada baby girl nanti, boleh la letak nama ayu katerina. sweet jer bunyi nya.

Ayu Katerina said...

mana leh sama ngan nama ai... nanti confuse hehehe