Monday, June 23, 2008

semuanya semakin memilukan..

today dah 43 hari aku kesorangan meneruskan hidup yang tk ada walau satu maknapun... aku kembali ke taiwan dgn hati yg cukup sengsara... ku tabahkan hati untuk senyum pada yang menghantar ke airport.. tiada satu linangan airmata walaupun saat ibu mertuaku menangis dalam pelukan... kakak.. tak mahu lagi memberi pelukan kerana dia tahu.. aku tk akan menyerap walau satu tenaga dari sesiapapun lagi... zara also cry untuk entah keberapa kali... aku menangis dalam hati.. aku serap semua kedukaan dan airmata yg hampir jatuh... aku tk mahu menangis lagi.. sekali aku menangis.. ntah bila aku akan berhenti... kali terakhir aku menangis bila suamiku hadir dlm mimpi.. berkomunikasi hati ke hati setelah puas ku rayu dan ku doa pada yang esa... temukanlah kami walau hanya sesaat... akhirnya.. cukup 30 hari.. rayuan dan doaku diterima.. dia hadirkan suamiku saat aku betul2 hampir hilang upaya... apa yg aku mimpikan... cukuplah sekadar kenanganku sahaja...

harini aku bersiap seperti biasa melaporkan diri semula.. sepanjang perjalanan ke office.. satu persatu kenangan 2 bulan yang lepas hadir.. sambil berjln aku sedut semua kepahitan... terlintas satu persatu kelibat dia di hadapan... di traffic light.. di depan bank.. di depan office.. malah ditempat duduk aku ni.. terbayang hari terakhir dia dtg mengacau aku di office.. indahnya saat itu... see... aku dera lagi diri aku.. tk ada benda yg dpt hapuskan kedukaan ini! i just hate myself! aku benci dgn diri aku sendiri!!!

2 comments:

ms adrina said...

hi kate

take care okay. lupa nak call ko balik haritu. anyway, glad i can talk ed to you that day.

Sella Shahbudin said...

i'm sorry... sampai hari ni, aku tak ada kekuatan nak bercakap dgn ko... hanya doa yg mampu aku berikan...