Monday, June 29, 2009

panas mentari

Pagi-pagi nak jalan ke office cuaca sangatlah panas membahang.. terasa panahan matahari tu terik ke kulit... mmg tk lekang dah saya dgn payung pink itu huhu baju pun main belasah dah.. janji baju tu bukan salah satu faktor menambahkan kehangatan aku setiap hari ...

Tengah hari pula mmg tak adanya nak kuar2 cuci mata ke cuci dompet ke... tak kuasa nak berjln dlm hangat2 tu... biar lunch aku dgn ayo kopi atau teh 4 cawan asal tak kene panahan matahari hehehe balik kojer je makan.. selain dari mengekalkan berat badan.. kulit pun tak rosak hahaha boleh ke mcmtu? huhuhu

Harini tade siapa2 kt office.. so masaku byk dihabiskan dgn melepak di bilik faten... sembang2 hal keje.. gossip artis hehe kecoh mcm kak nam... oh ya tk lupa congratulation ye dik non sbb ptk dpt 4!
Gambar masa winter 2008... shopping kasut di 9west ... Mee goreng mamak satu ye dik non!

Sunday, June 28, 2009

belajar makan buah ok!

ececee kecoh eh aku... ni ha baru belajar makan buah buahan leee.. haa ni buah yg aku sker.. apa ke nama nanti ai google.. dia mcm grapes tapi kata faten kengkawan berry? kecik2 aje ulasnya besar duit 5 sen tu... tapi sedapppp... setangkai aku leh makan sorang.. dasat?? series ai pun kagum hehehee hayal rasanya bila mengunyah... setangkai dlm rm20 huhuhu belasah aje janji suke huhu

ni semua kengkawan hat dok overseas kecoh nau leee tayang gambar pi kebun petik2 sendiri.. ai pun nk cari kebun dia gak la.. hat ni ai petik kt wellcome jek... hihihihi nanti ai carik kebun then amik gambo ala2 hidia.. erni segala... kecoh laa musim cherry berry mereka hehehe sedap juga buah buahan sebenarnya eh? kerana terlalu kagum sbb dh makan buah.. apa lagi kuar dslr le snap gegambo huhuhu kecoh kawan korang ni kan :p

hujung minggu

sambil tgk news pasal mj di cnn... sambil tu juga tgk tenis di espn... federer masih mara.... ahh sedikit tk best sbb nadal tade... tapi takpela layan juga tgk... tk sempat follow yg lewat malam seb baik ada ulangan masa thari..

sambil2 tu rajin juga try menu2 baru di dapur... best juga sesekali rebus nasi impit makan dgn kuah kacang... hehhe mcm raya2 lak.. tukar selera sesekali.. oh ya ptg smlm sempat gi rumah cah jap ngan kak liza... anto gift kat dia then layan menum ptg siap.. cah buat roti nyok dgn karipap..hujan lebat... makan panas2 hehehe kenyang smpi ke mlm... tq cah huhu

harini masih berfikir lagi menu apa nk masak yer...

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson dah tade...


Ok satu dunia tahu Mj dh tade (born August 29, 1958)... Meninggal pagi tadi (waktu Taipei) di kediamannya.. degupan jantungnya berhenti dan tidak dapat dikembalikan (ajal) di bawa ke hospital dan diisytiharkan mati... Innalillah dan alhamdullillah abangnya juga dh buat press conference bahawa Mj is Islam...

Aku cuma nk amik kesempatan untuk mencatatkan sejarah penulisan aku di sini tentang Mj yang aku kenal cuma dekat tv.. news.. internet so n so.... nanti aku dh tua at least bila aku baca balik.. oh masa Mj meninggal aku antara yg berasa sedih ketika itu hehe... apapun mati itu pasti..

Zaman ketika aku kecil (sekolah rendah) aku dh kenal Mj.. abang aku selalu juga beli kaset Mj ni.. antara lagu femes Beat It dia tu le.. menari kaki bengkok2.. suar ketat2.. pakai topi baju kilat2... wah zaman itu Mj sangat hot gila! aku yg masih kecil pun tahu nyanyi lagu dia wpun pronuonciation main bantai aje.. tapi ya itulah zaman Mj... zaman dia belum pelik kerana kegemaran merubah wajahnya itu.

Bila dewasa aku jelak pula tgk Mj... ubah hidung.. tukar kulit dari hitam legam manis dia tu ke putih pucat lesi plak.. dgn byk kes yg well semua tahu la kot... tapi aku suka cara dia berckp.. sangatlah soft dan apapun dia sangat cool.. ye ke hehehe itu pandangan aku...

Bila dia sakit dlm hati aku ckp juga.. padan le muka siapa suruh ko buat benda pelik2 kt tubuh badan ko tu... but bila aku dgr dia sudah masuk Islam... mempelajari apa itu Islam... terkagum juga.. Mj yg betul2 haru biru hidupnya akhirnya kenal Islam... dan di saat akhir hidupnya.. dia sempat memeluk Islam... sungguh terharu hati ini... syukur atas hidayah kurniaan Ilahi...

Aku tidaklah fanatik utk bersedih di atas pemergiannya.. cuma berbekas di hati hiburan yang dia berikan di zaman kecilku... masa ni teringatkan rumah lamaku di Kem UKK Padang Besar, Perlis... bilik abang aku... radio besar yang abah aku belikan.. dan kaset yg memainkan lagu2 Mj... ahh kenangan yang cukup beharga...

Mj...Semoga dirahmati di sana... amin....

Tuesday, June 23, 2009

Bukan Kerna Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerna ia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerna dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan KASIH SAYANGKU

KITA SAMA SEMUANYA SAMA
APA YANG ADA HANYALAH KEHIDUPAN

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun menurun hari ini

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih pada sesama insan
Dan menyatakan KASIH SAYANGKU

KITA SAMA SEMUANYA SAMA
APA YANG ADA HANYALAH KEHIDUPAN

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Biarlah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

silang tangan letak di hati

23 Jun 2009

Hari ni saya buat appointment dgn kak liza untuk pergi ke pasar chang cun huhu kali ke 2 saya jejakkan kaki ke pasar basah di Taipei.. asalnya dari minggu lepas kepingin sangat nak makan masak lemak cili padi pucuk paku.. sejak pertama kali try buat dulu dan menjadi.. mmg terasa2 la nk buat lagi dan lagi... tapi masalahnya pucuk paku kt pasar je ada dan ai ni mana le ada masa nk ke pasar pagi2.. weekend pun lagilah... kalau dh namapun cuti mmg betul2 bangun lewat sikitlah.. rehat namapun...:)

So harini memandangkan tk busy sangat kamipun ke pasar berdua-duaan gitu hehehe sangatlah seronok ok... 1st cari pucuk paku... sedikit sayur sayuran... udang, ikan siakap, buah anggur kecik dan sejambak rose merah hahahha motif?? dah terasa nk beli ai beli laa murah lagipun.. sesekali ceriakan rumah dgn bunga segar ermmm sangatlah best!

Sekejap je kami shopping sebab org tk ramai.. so laju aje membeli dan membayar... half an hour dah balik ke office.. simpan all the barang2 dlm peti ais... letak bunga dlm vase and now saya nk surf resipi utk tajamkan skill di dapur saya.. sambung lagi nanti...

Monday, June 22, 2009

ai rindu bos

betul le.. bila dia ada, tade keje pun cari keje.. bila dia tade.. wahhh letak kaki atas meja pun boleh ha... duh laaa puas dah cari keje hehehehe sorry kengkawan jgn nk kata ai poyo ok.. ai mmg bosan gile tadek bos wpun boleh dtg lewat sket.... tidur lama sket.. hahahaha tapi tetappp tak best bila tade keje huhuhu habis semua surat kabar ai potong... tepek2... ronda website.. dan phone pun jarang benar bunyinye hehehe sungguh le ai bosan....

thari tadi lapar so ai jln ke asiaworld beli mcD.. sesambil tu cuci mata kt tempat kasut.. kasut2 kerja ai byk dh tahap buang ke sungai kohsiung... lobang sana.. koyak sini... tapi susah betul nk dpt kasut halal... semua yg i kenan yg simple comei lotei... kulitnya babik buk! haih mmg tade rezeki beli kasut kt taiwan ni... kasut nk p clubbing tinggi2 tahap 5 inci tu byk leeee yg halalnya sbb tapak kayu .. pvc.. or kain2 .. takan jln hari2 dari rumah ke opes nk pakai kasut gitu pula... ermm nampak gaya vincci melesia aku ni bertahan juga la kt sini... janji halallllll


gara2 tk makan roti gemuk pagi tadi.. lapar le huhuhu

Thursday, June 18, 2009

faces of me

kegiatan seorang wanita di petang hari pada bulan Mei yang lalu hihihi faten kata akak dah kenapa??? hehehe apa nk buat dek non... ;p

kerenah

Pepagi aku dh ready semua speech utk event dia july nanti... ermm tak puas hati dia soh ai buat lain... siap... pastu datang encek mas bagi speech version dorang plak... then soh i edit semula.. call sahabatku celia dia tade soft copy sbb speech tu bos dia type sendiri... okla kagum la juga.. bestnya if bos aku pun gitu... TAPI yg ai panas kejap ni sbb speech mereke itu ai le kene type balik.. (bos celia yg rajin itu meeting di luar satu hari) duhlaa harini aku rasa nk patah jari sebab dari pagi sampai tepat jam 1130 am kerja aku jadi typist huhu.. letih beb!! celia offer to type for me speech version mereka.. ermm tk sampai hati la pula.. tak apala.. keje tetap keje...

Harini dapat token dari perwakilan huhuhu banyak le pula.. siap ai gi jumpa datin semula betul ke banyak ni datin?? dia kata tanak ke?? huhuhu amik jekle ye... then kejap lagi nk kuar gi kunming farewell party for Ms. Gwen.. dia dh nk balik Malaysia...

Anyway, saya sangat suka dengan movie he's just not that into you.. a lot of message... DONT GIVE UP... best best....

Tuesday, June 16, 2009

Moi Spageti

Masa di office dok rajin view segala jenis menu untuk di masak malam ni.. hari-hari makan nasi jemu la pulak.. so view sana sini cari apa yang mudah nk dimasak yer... hehehe finally saya dpt satu idea yg dah lama nk cuba.... masak spageti bolognise belasah jela ejanya... ermm view few menu cara2 nk memasaknya then saya jumpa satu yg rasa agak mudah dan menarik... so dari office dah plan nk singgah welcome beli bahan2...

Balik rumah rest jap... mandi manda... then baru bersilat siapkan bahan2... potong bawang besar.. bawang putih.. lobak.. saderi.. tomato bla bla bla... dannn sejam lebih lepas tu tadaaa siap! hehehe beria ikut bulat2 mcm akak dlm internet tu tulis huhuhu pestime ok... menjadi la juga.. nak kata sedap sgt tu ermmm tak juga... tapi okla. ... hihihi rasanya 2 3 kali buat lagi ok kot.. :)

Ini saya persembahkan hasilnya hihihi


Boring

Harini kerja tk byk sgt.. so so jek... haih kepala dok fikir nk sambung main game yg buat aku addict kejap kt rumah smlm... bila bos nk kuar ni huhuhu ai boring leee.. Jumaat ni bos balik Kl sampai awal Julai hihihi keluar tanduk cabang 3 semua kengkawan seluruh mission ahaks!

Update

Barang yang kakak saya hantar dah sampai hihihi.. Buka kt rumah nanti...:) TQ to my sister! I miss u sooo much!

Sunday, June 14, 2009

Di mana Ayu Katerina bermula...

Budak Setan ke panggung

AHADIAT AKASHAH teruja menanti karya novelnya difilemkan.

--------------------------------------------------------------------------------

Filem Jogho arahan Uwei Saari yang dihasilkan pada tahun 1997 adalah filem terakhir yang diangkat daripada naskhah sebuah novel. Jogho merupakan adaptasi daripada novel Juara, karya S. Othman Kelantan.

Selepas filem ini, 11 tahun industri seni tempatan ketandusan karya yang diadaptasi daripada sebuah novel. Malah, dalam tempoh lebih 70 tahun dunia perfileman Malaysia wujud, hanya terdapat sembilan buah karya yang diadaptasi daripada bahan bacaan itu.

Berbeza dengan Barat, mereka telah mula mengadaptasi novel ke filem sejak tahun 1924 dengan ratusan filem yang bersifat pop, komik atau fantasi dilahirkan daripada misi adaptasi.

Statistik industri filem dan TV Amerika menunjukkan 85 peratus filem yang menang anugerah Oscar berdasarkan cerita yang diadaptasi daripada novel.

Selepas 11 tahun, Malaysia bakal dihidangkan dengan karya yang diangkat daripada sebuah novel pop paling laris pada tahun 1980-an. Dihasilkan oleh Ahadiat Akasyah, novel Lagenda Budak Setan (LBS) kini bakal divisualkan di layar lebar oleh pengarah dari India, Sharat Sharan.
NOVEL Lagenda Budak Setan laris dijual pada 1990-an.

--------------------------------------------------------------------------------

LBS yang novel perdananya menggunakan judul Budak Setan mendapat sambutan luar biasa di kalangan pengikut novel.

Ia berkisar tentang kenakalan seorang pelajar sekolah bernama Kasyah hinggakan dia digelar ‘Budak Setan’.

Novel ini berkembang dengan pelbagai plot - lucu, nakal, sedih dan cinta yang membawa tumbuhnya karakter Ayu dan lain-lain. Novel itu itu kemudian disambung kepada Budak Setan II, Budak Setan III dan dikompilasikan dalam karya Lagenda Budak Setan.

Namun, satu fenomena yang bakal dilalui produksi adalah adakah filem ini akan laris sama seperti novelnya?

Ini kerana di sebalik lambakan adaptasi novel ke filem yang sukses seperti adaptasi komik Superman dan fiksyen Narnia atau Harry Potter, terdapat segelintir filem yang hasilnya mengecewakan seperti Da Vinci Code.

Sedar akan fenomena tersebut, Sharat memberitahu dia begitu teliti dan teruja memproses LBS dalam bentuk visual.

Duduk berbincang dengan Ahadiat yang menjadi penulis skrip filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. hasil kerjasama Nusantara Films dan Tarantella Pictures ini, janji Sharat, imaginasi khalayak tidak akan lari daripada fokus novel.

Apa yang difilemkan hampir sama dengan apa yang pernah dibaca.

“Saya sedar bahawa penonton akan mencari persamaan antara jalan cerita novel dan filem.

“Namun, realiti yang harus diterima mereka adalah kami menghimpunkan semua jalan cerita itu menjadi satu tanpa menghilangkan nilai atau karakter yang hidup dalam novel ini,” katanya.

Sharat menyifatkan LBS sebagai hasil kerja paling mencabar buatnya kerana tidak dihasilkan dalam kepakarannya sebagai pengarah filem semi Bollywood.

FARID KAMIL sebagai Kasyah dan Lisa Surihani sebagai Ayu akan mengemudi LBS di layar perak.

--------------------------------------------------------------------------------

Kenyataan itu disokong oleh pelakon utama LBS yang memegang watak Kasyah, Farid Kamil.

Menurut pelakon kelahiran Perlis ini, sebuah novel tidak boleh difilemkan sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dengan pemahaman untuk menerbitkan sebuah filem, novel yang ditulis dengan ratusan muka surat akhirnya diterjemahkan dalam durasi kurang tiga jam.

Jelas Farid yang tidak terbeban membawa karakter Kasyah: “Benar karakteristik dari segi imaginasi seseorang terhadap sesebuah novel yang diadaptasi ke dalam sebuah filem akan berkurangan. Namun, itu tidak bermakna sesebuah filem yang diadaptasi tidak boleh sukses.

“Saya percaya dengan memahami plot juga karakternya, dan disokong oleh lakon layar yang baik, sebuah filem adaptasi akan berjaya.

“Lagipun, pengikut novel ini pasti ingin melihat bagaimana bentuk imaginasi yang mereka fahami sewaktu membaca novel ini divisualkan ke dalam sebuah filem.”

Lisa Surihani yang membawa karakter Ayu dan Que Haidar sebagai Azmi turut berpendapat LBS pasti akan mencapai kejayaan kerana label yang sudah dicipta sejak novel ini diterbitkan pada tahun 1984.

“Inilah cabaran yang harus kami semua pikul iaitu memberi persembahan terbaik dan membawa imaginasi pembaca selari dengan apa yang bakal mereka tonton di layar lebar.

“Namun dengan label LBS sendiri yang sudah kukuh dan mempunyai pengikut, kami yakin bahawa LBS akan menarik minat orang ke panggung,” ujar Lisa yang tidak pernah membaca novel LBS, berbeza dengan Que yang merupakan penggemar novel Ahadiat.

Biar apapun persepsi dan sambutan yang bakal diterima kelak, mereka sepakat menyatakan bahawa imaginasi setiap individu berbeza sewaktu membaca novel.

Bagaimanapun, satu yang pasti, semua titik fokus akan bersatu apabila menyaksikan sebuah naskhah diadaptasi dalam sebuah filem.

******************************************

Di sinilah wujudnya nama Katerina.... yang aku gabungkan dengan nama sebenar aku... Rasanya sudah hampir 8 tahun aku dikenali dengan Kate.. juga Ayu... :)

Friday, June 12, 2009

AsiaWorld

Errr kengkawan yang sedang berada di Taipei, Taiwan... tadi i gi AsiaWorld ok.. ado sale tk hengat2 mcm kak nam le aku p nyebok diri... orgnya pun mak aii mcm semut... mmg ko tk leh nk leisure2 langsung.. sakit kepala den...
Terus naik ke tingkat 4 ke 5 gitu.. fev ai le tempat cadar2... hehehe apa lagi mcm kak nam aku soh salesgirl tu membuka... yg memahal semua tinggal rege seratus 2 aje.. harusla kak nam ni beria cuci mata... ada satu kes ni semua org dok sebok tgk cadar yg bunga2 hijau.. aku pun dh hampir nk bekenan tapi bila fikir2... ermm mcm yg sedia ada kt rumah jek.. so aku ninjau2 hat lain... ternampak satu cadar peach color yg bunganya penuh gitu.. cadar tu dok bawah skali...so aku soh salesgirl ni bentang jap nk tgk.. bila dia bentang semua macik2 cino ni kerumun dok cong ceng cong ceng then terus amik sorang satu... aik??? aku yang soh buka.. aku nk dok milih depe rembat dulu?? habis terus plak tu... haahahaha nak naik angin pun bukan dia paham hahahahah masa ni terasa sungguh saya sgt alien.. babih tul! huhuhu
Bila dh jadi gitu aku pun dh blur.. kang aku soh bentang hat lain depe rembat lagi dah mcmana pula kaedahnya hahahaha so masa aku dok milih kt area lain.. tk ramai pun lagi.. aku dok pgg2 cadar silk purple gitu... dok siap test2 kt muka kainnya... dok hidu2 sedap le pula.. dah ramai pula mai dok test skali.. eh eh melampau ni.. aku terus siau cherrrr take this one now!!! toksah buka tgk gambo udahhhhh hahahhahaaa hangin tul aku depe ni... dah tk reti cari sendiri ke huhuhu memasing dok follow apa aku pgg lak dah... eh ada ke hangin satu badan.. bayar terus blah.. tak tahan aku tgk macik2 ni memborong hehehehe
Nak keluar dari mall tu pun satu hal.. ramainya umat... nk pitam lak rasa... sampai opes baru la buat acara belek cadar nih... tgk kt sticker dia.. harga sebenar NT12000 mak aiiiii aku bayar tadi dlm NT2000 jek.. wooihhh sangat bertuah aku kalini hehhehee lagi santek dari cadar yg kene cilok tadi huhuhu tapi hat kene cilok regenya dlm NT1000 je huhuhu jahat betul macik2 tadi!

Thursday, June 11, 2009

terlewat lagi

Kalau tk kerana sms adrina pagi tadi mau aku lelap sampai tengah hari agaknya hahaha.... thanks to you my friend! Cuaca harini mendung.. hujan renyai2 buat mata aku susah betul nk buka... tiba2 terdengar sms masuk bila tgk jam uihhhhh dah lewatt.. hohoho terus terjun katil hehehe seb baik tk pijak computer dan segala brg yg ada kt bawah tu hihihi nk lajunye pasal.
Mujur la juga suit yg aku plan nk pakai harini semua tersedia elok.. tkyah iron apa2 sarung singlet saja loo... make up selaju yg boleh capai bag terus keluar.. tk sempat nk breakfast mcm biasa... oo sempat cilok roti gemuk bawa dtg opes hehehe
Bila sampai depan opes nampak wife si panjang ngan lawrence dok tepacak tunggu gate di buka ... wahhhh siap tgk2 jam... hello aku pun nk baran le kejap.. harini bukan aku duty ok! cik wan duty dia pun lambat la juga... gilo depe ni.. 8.45am opes tk buka lagi huhuhu mujur bos pun lambat... hehehe so harini diistiharkan hari lambat sedunia buat semua org hehehe selamat aku....

Wednesday, June 10, 2009

something from kl to me

Akak saya menghantar gambar ni harini... benda itu sedang dibalut oleh abg ipar saya.. kata dia a dod tgh jerit pegangkan le i nk gam niii .. sebok nau dia dok snap gambo haahhahaa


Dan ini muka budak adam kene ikut mak dia p pejabat pos utk di pos ke maksunya di Taiwan hahaha sangat menyampah ye ko ...
well apakah?? hadiah birthday yg dh lepas ke hihihihi

Tuesday, June 9, 2009

summer time

Taipei now semakin hari semakin panas... di pejabat ai dah mula teguk air bergelen2 dan aircond mmg sentiasa on dah... ai ni jenis tk suka bilik yg terlampau sejuk.. kalau aircond jenis boleh control tak apa.. ini sejuk jenis tahap biru jari2 hehe..
Semalam tgh layan movie tiba2 hidung bleeding.. mula2 tu rasa mcm tk selesa bila aku cuit je ha kau berdarah2... duhhh mmg tahap dah mula kene basah kepala hari2 la mcm ni... lama juga tk bleeding byk mcmtu.. tapi okla.. kejap jek.. nak tidur on aircond dah memang sampai ke siang.. tu pun lepas mandi peluh2 sambil nak pakai baju... pagi ni i take about 15 minit rest kasi badan kering baru pakai baju... rasa nk pakai singlet aje gi opes.. hangat sungguh!
Dan saya juga dah jadi seperti wanita Taiwan....berpayung bagai di pagi hari.. :) jaga kulit u hehe

Saturday, June 6, 2009

sambil menanti...



Sambil menunggu waktu untuk bersiap2... surfing sana sini jap sambil layan lagu st12 rekemen by ghaz... mmg best giler hehe... sangat touching... erm.... kate sekarang sgt berbeza... tidak lagi mudah bermurung hanya kerana kenangan.... saya bangkit dari kejatuhan yg lampau... saya mahu bina hidup baru.. Nah.... saya akui saya kembali gembira... :) tuhan sentiasa di hati dan saya sentiasa bersyukur tentang segalanya...

Friday, June 5, 2009

the function...

Esok birthday agong celebration.. again malaysia mission satu dunia bz la kan.. termasuklah mission di sini... semua org sudah di agihkan tugas masing2... official semua ai dh settle awal which is speech.. invitation.. bla n bla...

Malam ni acara memasak la pula kan.. cah sudi membantu ai memotong buah2 utk rojak esok... lega den... kalau tk besilat sorang2 hehe mcm la nk buka restoren eh.. esok suma kene pakai batik .. urmm belum fikir la pula baju apa nk dipakai esok.. kene godek lemari mlm ni..

Thursday, June 4, 2009

something..

Pagini buka mata makkkkkk 8.30 am hahaha yg sedikit pelik naper gelap?? lepas tu baru perasan le hujan lebat rupanya... mandangkan hari ni bos tade 2 hari.. si fbi pun cuti seminggu.. hehe dgn gembiranya aku melewatkan diri sketla...
Jalan ke pejabat pun jadi slow sbb hujan sangat lebat... singgah di dante beli sandwich telur.. sampai office hehehe bukan aku jek lambat.. my area gelap gelita hahaha cik wan pun lambat... kemas apa yg patut.. basuh tangan kaki segala then breakfast .... relaks.. buat keje sikit... but i feel sumthing yg tidak selesa... all my fingers bengkak... tengkuk i lenguh2.. ermmm ermmmm demam tade... sihat jek tapi bengkak2... dah kenapa? harap semuanya ok bila dh masuk petang nanti...
Rasa kene baring kejap... mungkin salah tidur smlm huhuhu

*kerinduan ahaks ;)

Wednesday, June 3, 2009

Trip to Hualien Chapter Three


Bangun awal juga harini utk breakfast sbb acara harini start jam 10.30 am... maka nya kami makan puas2.. I amik nasi putih with telur asin... ikan goreng... telur kacau2 tu tah apa nama then sos... ngapp! settle makan naik bilik utk siap2...

Kali ni bus plak dtg jemput... tapi kami 3 org jek hihihi bus gi station jap amik sorang tourist then baru gerak ke Fuglory Ocean Park... taman tema tu betul2 hadap laut biru yg pehhh sangat gila cantik... 3 of us tk minat sgt theme park ni tapi sbb dh masuk pakej kami layankan jek.. acara biasa bergambarlah then shop few brg2 sket.. ai tk beli apapun.. just tengok2 aje... (HAH REMIND ME TENTANG NT1000) duhhhhh lupa ajaaaa donggg..


Kami habiskan masa sampai jam 3 petang dgn acara tgk dugong.. dolphin dan segala mak neka menatang laut... tgk jek tk minat plak nk soh dolphine tu com2 pipi.. hihihi panaskan main tapi seronok gak la ... Balik hotel kami rest2 jap then lunch a.k.a dinner terus kt situ... jam 5.30 ptg camtu van hotel hantar balik ke station... Around 9.30pm dah sampai Taipei... kemas barang2... mandi.. dummmmmm zzzzzz.. manakan tidak mlm tu juga demam dan batuk segala... alhamdullillah tk melarat.. dah baik dah... :)

Tuesday, June 2, 2009

Day Two Picas utk jeleskan CAH





Trip to Hualien Chapter two

29 May awal pagi dah bangun breakfast... jadi la kambing2 makan salad... roti... corn.. dan segala yg halal utk di makan hehehe lepas makan balik bilik lepak2 kemas brg nk bawa jln naik gunung taruko jam 1 petang... sambil melepak boleh terlelap hahaha haruslaa cuti namapun.. kul 1130am camtu lapar pulakkk duhh takan nk kuar jln tk makan kan... so dgn berjayanya kami telah order nasi putih sorang semangkuk dan membuka 2 tin makanan lazat dari msia iaitu ayam masak merah dan curry daging hehehe makan tk ingat...

Jam 1 turun ke lobby tunggu van yg kami tempah utk ke gunung taruko... perjalanan dlm 40 minit ke kaki gunung tu... stop amik gambar then move ke atas.. tk berapa nk best sbb dia stop 2 point aje walhal ada byk point boleh stop tuk bergambar.... hangin juga rasa... tapi selagi boleh, shoot aje apa yg nampak.. hasilnya mmg sangat menarikla... tempat pun sangat cantik gile... gambar2 pun semua puas hati... kamera i ke.. kamera faten ke.. both sangat memuaskan wpun ada juga la few goyang sana sini heheh ampun fatennnnn hehehee
Sekerat hari kami di Taruko Gorge... sampai hotel dlm jam 6 petang.. sangatlah letih kiranya... seronok tapi tk puas itu kesimpulannya sbb taruko tu idaman kami tapi tk byk tempat dia berhenti... masa ni teringat trip ke Geopark April dulu dgn Frank.. dia tetap terbaik!! hehehe

Malam kami dinner dgn kupon buffet yg hotel bagi.. makan seefood ok....bley dgn gembiranya dress up tk ingat hahaha selesai makan kami buat photoshoot tepi pool.. enjoy the picas of us yg sangat meriah that nite... jam 10 lebih balik ke bilik dummm layan tv then titonnn.... :)