Sunday, July 18, 2010

laici lai lai

Harini cuaca sgt terik.. matahari phewww memancar.. sejak awal pagi bangun dh terasa bahang bila keluar ke ruang tamu... pagini rajin sikit.. basuh balkoni... kemas2 sampah yg nk dibuang then panaskan lauk2 aje.. jam 1pm camtu lunch sambil layan dvd... faten sms ajak gi makan burger.. since br sangat2 makan nasi tk jadi la ngekot.. so lepak rumah jekla... sambil2 tu i mengerjakan kebun cili yg dok ada tu hehe tk boleh blah :P

Lepas puas tgk dvd masuk bilik on aircond layan novel... separuh buku dikejekan... sambil2 buat susu.. sambil2 dgr lagu... mujur tk terlelap.. esok keje malas la nk jd burung hantu plak skrg ni kan.. so tahan jekla mata... petang sket tadi kuar gi buang sampah n terus ke wellcome beli brg dapur sket.. balik dari wellcome terus mandi n dinner sambil layan toy story.

Pas makan tetiba teringin pula nk makan laici... huhu seb baik ada lagi laici yg kak liza bawa smlm... sambil layan kartun sambil kupas laici.. sedapppp.. byk juga kalini makan.. :)

Ok dah.. off nk mengiron baju keje plak sambil berfikir esok nk bawa bekal apa yer?

5 comments:

Adrina Adi said...

aku rasa ko nak bawa mee esok. betui tak??? hehe...

Ayu Katerina said...

hush ada kuasa saikik ke apa? hehe ye saya dh goreng mee letak udang dan bola2 ikan.. sedap tau!

Anonymous said...

rindu la mee goreng dia...

-RR-

Ayu Katerina said...

rindu DIAAAAAAAA HUWAHGGGGGGGGGGHH!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan... HARGAILAH MEREKA.........hihihihihi